KELIK NUFFNANG KU!

Friday, July 31, 2009

Diari lamaku!

hear me say; thejijie♥ at 3:20 PM 25 kata² bernas
Tadi duk godek2 barang lama memang takda kerja aku ni . Pastu terjumpalah sesuatu yg memang buat aku gelak terbahak sorang2serucomel apa barang yg buat aku tergelak sakan tuh? nak tahuuu?? jeng jeng jeng!

DIARI LAMA!

ni diari aku masa form 1! (2001)

Macam2 aku jumpa dalam diari lama ni. Aku pun dah lupa yang aku simpan semua surat2 'admirer'kononnya dan juga surat2 bodoh yg aku hantar kat orang yang aku admire. HAHAHAHA. masa ni aku main balas2 surat dengan budak kelas depan, mamat tu siap ada nama samaran tu. konon nak secret2 lah kan.haha. nama samaran dia, X-maria. bajet ganas.cheyh! memang dasar budak baru nak UP! tergelak besar bila baca balik semua apa yang aku tulis masa tu. chaist. buat malu jeeeeer. tak sedar masa skolah dlu banyak benda 'tak matang' yang aku dah buat. Tp mmg masa tu tak matang pun kan? adeyei. hihi. Ada aku tulis pasal budak2 kelas aku masa form 1 Rajin dulu. kutuk2 semua budak kelas aku haha. kat depan2 tak berani kutuk, dalam diari berani la kan kutuk kaw2. hoho. haih...


Ni pulak diari aku masa form 2 (2002)

Masa ni tak da berbalas2 surat bodoh mcm masa form 1.sengih2 tp masa ni banyak aku tulis pasal aku nak jadi pengawas sekolah. dlu sekolah aku bukan main susah nak jadi pengawas sekolah. cikgu kata aku tak ckup tegas. tu pasal tak dapat jadi pengawas. banyak kali jdi pengawas percubaan jerr.. bila interview.hampeh. tak terpilih. ntah kenapa la aku nak jadi pengawas time dlu. maybe sbb nak rehat awal kot.HAHA. Sengall!!!suka eh

notakaki: kenangan persekolahan memang exciting! banyak benda baru yang aku belajar tentang diri aku. hoho. walaupun kadang2 banyak benda bodoh and memalukan aku buat! haha.

divider

Balasan kepada entri RASDIANA; adikku yang comeycomey ke?..hoho.

SAMA-SAMA RAS.bearlove

kesian ko buta IT..hahahahaa.. aku tak cakap erk.ko yang ckp sendiri.. hehe. dulu aku pun blur2 gak ngan benda ni. tp belajar sndri, lama2 okey lah.kantoi


post signature

Tuesday, July 28, 2009

Terasa nak tukau template!

hear me say; thejijie♥ at 10:39 AM 8 kata² bernas
Ntah lah. rasa poyo plk aku pg letak tajuk mcm tu. nak tukar template, tukar je lah kan! ape nak bising2 sampai kena buat tajuk entri bagai kan kan ; kunun nak war2 kpd seluruh dunia bg semua tahu la? (T.T)

Sebenarnya tak ada tajuk yg sesuai yg nak diletakkan disitu. Sekadar memenuhi syarat berbloging yg wajib tulis tajuk, walhal entri ni tak ada sebarang motif mahupun manfaat kepada yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. ( al-fatihah kepada Yasmin Ahmad, Mohd Yamin ; ex-classmate ku di kedah dan Ayahda kepada bekas Lecturer ku, Sir Irmo Hizam) Question

Btw, kembali kpd hajat asal tadi, yang aku nak tukar template blog. Rasa hati macam dah bosan dgn template nie, tp bila fikir2 balik, nak tukar template ni menuntut masa yg lama. Sedangkan assingment International Relations aku belum lg disiap kan. Nasib la cuti seminggu, kalau tak hari ni dah kena present kot depan Dato Salehuddin yg agak garang tu.hu

apa kata aku tukar ni? yang ini mcm comel jer, boleh aku ubah2 skit:D

tau yg ini?

(sume di ambil dr btemplate)

Ah, malas la nak tukar2. kang lambat lg la aku buat assgnment.mmg liat nak buat assingment kt umah. rumah aku ni mmg 100% tempat berehat dan bukan la tempat yg sesuai untuk buat assingment mahupun sebarang kerja lain yg menuntut pembacaan yg serius dan juga perkara-pekara yg memerlukan penggunaan otak. *merepek*

divider

Oh, by the way, hari ni 28hb July merupakan birthday ADIKku, Tengku NurSyahirah; yang ke 11tahun. yerp, 11tahun bersamaan darjah 5. kenapa aku beri penegasan kepada umur beliau? apa motif disebalik penegasan tersebut? jawapan nya ialah, walaupun dia bru darjah 5, tp dia dah dikurniakan handphone nokia model 3600. melampau bukan? bagi aku ini sangat melampau dan aku rasa dia terlalu di manjakan! mana tak nya, darjah 5 dah dpt handphone. actually dr dajah 4 lagi dia da ambik handphone aku (handphne prtama aku hadiah adiahyg aku dpt untuk result PMR aku dlu). see! betapa melampau budak2 zaman sekarang, kecik2 dah ada handphone. nak call sape pun tak tahu. tapi boleh plk dia kata, "Orang skrg sume ade handphone per, kwn adik siap ade handphone lg canggih".. pastu siap demand nak cake 'chocolate indulgence' secret recipe... kalau yg itu aku pun nak hee.

gambaran sebenar handphone nokia 3600.

SUSPEK YANG TERLAMPAU DEMAND.

(hakikatnya, Mimie Kusya and juga Sharkfix masing2 dikurnikan handphone nokia. tp aku terkecuali)

divider

oh, btw, hari ni ABE ALE ku pulang. yeay yeay. Rindu bangat ni. Cepat pulang ye ABE ALE..! daku menunggumucintalove6. chewah.

notakaki: Dari tadi duk pasang channel BBC NEWSPeace. konon nak memantau berita dunia. tp haram tak pay attention pon.beartidokantoi

SEDANG MENUNGGU POSLAJU SAMPAI DIRUMAH. AKU ORDER BAJU+TUDUNG DARI AWEKNONA.com. jangan la jadi mcm hari tu.tak sampai ketangan aku.AMIN


post signature

Monday, July 27, 2009

Kerja?

hear me say; thejijie♥ at 2:52 PM 4 kata² bernas

Seperti yang di war2kan, UiTM ternyata cuti. Cuti MID sem.
Perasaan aku?
Entah. tak tahu sama ada gembira sukaatau sedih berairdengan kehadiran cuti mid sem yg diawalkan ni.
Campur-campur la kot.
Gembira sebab dapat berada di rumah, dengan family of coz
Sedih sebab...eh bukan sedih la, tak berapa gembira sebab..
dapat tahu yang cuti raya nanti DIPENDEKKAN.
walaupun belum dipastikan kesahihan nya,
tapi kalau betul,agak sedih lah kanserubyk huu...

OK, dah dah.
malas nak fikir perkara yg belum pasti akan kesahihannya.

Ni aku nak cerita,
hari sabtu hari tu,
aku follow untie aku pg pejabat dia kat PJ.
nak bg aku keje katanya.
1st time ever okey aku 'keje' yg btul2 keje
sebelum ni mana pernah; langsung.
even though tak ada la buat apa kerja sgt,
tp okey laa kan. at least dapat la sedkit gambaran cara orang bekerja.
hehe.


thats my aunt. n the kerja yg dberi. aku pun tak tahu kerja jenis ape nii.. buat je laaaa..beruang

Lepas kerja, aku follow mamie n dadie (my uncle) pg KL.
ada dadie nak beli barang skit utk jualan dia.
and mamie plk nak beli tudung.
tempat tu tutup dlm pkul 6.
kitrg pg masa tu pun dah lambat.
cepat2 pg beli brang yg nak,sebelum kdai2 tutup.
masa on the way balik tu,
kitrg stuck 2hours dkt dalam parking tu!
ramai sgt nak keluar..
dah la tmpt tu parking bukan main susahh!
bayangkan la 2jam,gila punyerrCheer

divider

Btw, Abe Ale pegi PAKA.
Dia ada kusus kt sana, kusus pasal something like 'fire drilling'
aku pun tak berapa nak tahu ape kebendanya tu.
dah 2 hari dia pergi ke sana
tp rasa mcm lamaa jerr..!
cepat lah balik okey!
rasa mcm jauh gila kottt!



p/s : RINDU Abe Ale nyer :)


post signature

Saturday, July 25, 2009

Fogiah

hear me say; thejijie♥ at 11:24 PM 2 kata² bernas
Hye! New emoticons upload!

Ini namanya FOGIAH~
walaupun pada hakikatnya aku benci and geli pada spesis fogiah, iaiyu katak...
tapi, aku suka emoticons ini ..cute!

grrrhihi^^wuupusingT.Tzz

install sini

love3

post signature

Friday, July 24, 2009

Pabila H1N1 melanda...

hear me say; thejijie♥ at 1:57 PM 12 kata² bernas
Panik.

Semua pun nakkan kesahihan tentang berita tergempar yang di war2 kan.

"Betul ke UiTM Shah Alam cuti semingu?"

Berita dari mulut ke mulut memberikan pelbagai versi.
ada kata cuti sem diawalkan;
ada kata cuti raya akan di pendekkan; dan
ada kata uitm induk tak cuti, cuma puncak pdana dan puncak alam saja

macam-macam.mana nak percaya pun tak tau. musykil.
tibe2 terasa macam huru hara plk. disebabkan penyakit yg entah datang dr mana,
semua pun nak panik; cuak. aku pun jadi panik sama.


post signature

Thursday, July 23, 2009

Kesukaanku

hear me say; thejijie♥ at 10:00 PM 3 kata² bernas

Malam semalam hujanpanas peluhturun dengan sangat lah lebat! sumpah lebat sehinggakan aku yg tengah tido lena pun boleh terjaga dan bangun melihat persekitaran dengan cuaknyaurgh. Sempat plk aku bertanya dlm hati "Hari ni hari khamis ke jumaatt??" dan ternyata aku lega bila tahu yg hari ni hari khamis.haha. ni semua penangan tgok thiller movie '2012'.gila takut. (T.T)

Jadi pada entri kali ini, aku mahu lari sikit dr bercerita pasal kampus life. Sebab aku sedar yang entri aku kebelakangan ini semua nya berkisarkan tentang study, kelas, buku bla bla bla....P.E.N.I.N.Gbeartido. jadi mahu fullstop dr itu semua dengan harapan supaya org tak bosan membaca blog aku yg semakin hari semakin bersawang dan dihiasi labah-labah serta tak lupa juga kerengga dan semut api serta tapir. fuuhh! agak mengah disitu.

Oleh kerana malam ni aku tak berapa nak ada mood menelaah buku2 tebal itu, maka aku pun berhajat hendak buat entri pasal sesuatu yg aku suka. Memandangkan malam ni juga aku berasa sangat2 sunyi obreketekoran ketiadaan rumate kucbreket, maka aku pun mahu lah memperingati kembali perkara2 yg boleh membuatkan aku gembira dan sekali gus menghilangkan kesunyian yg melanda diri ini. (T.T)

divider4

1) Lepak dengan my kesayangan.Ini merupakan perkara pertama yg membuatkan aku happy. Aku jenis manusia yg tidak suka bersendirian. Tak kira masa aku perlukan teman utk berkongsi suka^^ dan duka. Kalau nak tahu, aku ni seorang yg suka berkawan. cuma nya orang yg belum betul2 kenal aku, mesti anggap aku sombong. Aku ni bukan la orang yg sombong sebenarnya, cuma aku ni pemaluuuu hehehee... bukan main2. tp mmg betul aku pemalu dlm pertemuan pertama. nampak mcm aku buat dekk je, tp hakikatnya aku sangat segan. lagi2 dgn org yg nmpak agresif. aku akan jadi segan utk memulakan bicara. tp once orang dah kenal aku mcm mana, they gonna love me! he-he. sbb aku sgt mengambil berat.cumel jadi, berkenalan lah dengan aku. nescaya aku akan mjdi kawan terbaikmu. ecewaahhh... haaa sape2 nak muntah tu pegi muntah kt blog org lain.harap maklum. nexxttt!

2) Shoppingshop. Aku ni sangat lah gemar bershopping. Walaupun tak berapa nak berduit, tp nafsu shopping tak pernah off. onnnn je memanjang. tapi yg bestnya (best ke), aku ni jenis yg x pernah kisah pasal jenama. kira baju bundle pun aku bedal.asalkan unik and cantek mata memandang. kadang2 org tak faham aku ni minat ape. aku pun tak tahu sebenarnya aku minat benda mcm mana, sebab kalau aku shopping, and aku suka sesuatu tu, aku beli. I buy things with my instinct.chey, bunyi cam ada ilmu magic je. but really, thats how i shop.begshop lagi satu, aku suka shopping dalam kuantiti yg banyak. harga? of coz la yg mana lagi murah jadi pilihaann..

3) Bergambarcamera3. Aku suka bergambar. even though aku ni bukan lah dlm ketegori fotogenik orangnya,(hate candid pics) tp mmg hobi aku bergambar. kalau dlu aku ade kwantwo yg gemar bergambar mcm aku, sampaikan setiap ape yg kitrg buat mesti nak bergambar. tp skang hobi tu mcm dah kurang. maybe sebab tak ade sokongan padu kot dari kawan2.haha. kawan2 pulak sume mcm skema jer. rindu kawan gila2 aku dlu. huuuuu...berair

4) Online. hah. yg ni obviously lah kan. semua kawan2 aku dah labelkan aku sbgai org yg addicted dengan online. aku start main internet ni sejak aku form3. mase tu baru nak in la kan chatting2 dsb nya ni. untie aku la ni yg ajar kitrg main internet. dia mmg aktif dlu chatting dgn kwn2 dia, and yg aku ingat dia slalu chatting kt mirc, alamak.com. untie aku punya lah addicted mase tu, sampaikan jumpa husband dia pun dr kenalan chatting. Masa mula2 dulu, first thing yg aku join dlm social networking,ialah friendster. pastu makin berkembang, buat myspace, myrakan, hi-5, blog, and addiction terbaru, facebook. friendster aku kira yg paling senior lah antara semua2 tu. still layan gak fs, cuma kurang aktif. kalau nak borak ke ape2.. lepak fb. its a musstt la ada fb skrg ni.hehe. aku ingat lagi, dlu masa skolah, family aku on9 guna dail-up. guna plk PC yg besar gedabak tuh. mane nak ade lptop lagi, time tu lptop blom mampu dimiliki oleh semua org and bukan necessity pun to have lptop. bila dah guna pc besar tu, nak smbunyi on9 dr mama pun bukan lah kerja yg mudah. kalau nk on9, kena tnggu pkul 12 malam ke atas baru bleh. pastu puas lah fikir mcm mana nak perlahankan bunyi dial-up masa nak connect internet tuu supaya mama tak dengar. hahahhaa. kalau takkk..mama mmg x bg aku on9! dah la kena berebut n tggu turn nak on9.haih, mmg mencabar. tp aku degil, nak jugak on9. sanggup ttuu dgr mama bebel. ish..ish ish


gambar lama cuba di beri pendedahan terbaru.

aik..dah panjang berjela aku menaip. slalu konon nak tulis skit2 jer, tp tengok2 dah mcm karangan tahap SPM entri aku ni. sudah malas mahu meneruskan sesi karangan. maka dengan ini, sy akhiri karangan dgn ucapan, selamat bersahur pada esok hari~ kepada yg ganti puasa.huk3.

post signature

Tuesday, July 21, 2009

sindrom kronik.

hear me say; thejijie♥ at 12:31 AM 8 kata² bernas
Aku ada mengalami satu sindrom yg kronik.
Sindrom MENGANTUK dikala belajar.
Aku tak tahu setan spesis apa yg mengacau.
Waktu nak belajar, mula la mata aku jadi berat.
Menguap, tak payah cakap lah; mahunya berpuluh2 kali dlm masa seminit.
parah. memang parah. berair
yg aku geram tu, time online tak pulak mengantuk!
lajuu jerrr tangan ni. (tu pun kalau tenet laju la)
mata pun segar bugar.
sah! aku ade sindrom mengantuk waktu belajar.

Sebelum masuk sem hari tu,
macam2 azam dan hajat yg aku pasang.
konon nak lebihkan study.
tp, dengan ada nya sindrom ni,
macam mana nak tunaikan azam aku tu.
mission impossible!
Nak pulak sem ni sume subjek aku ambik, sume subjek membaca.
sume nyer subjek drrryyyyyy..keringgserubyk
buku-buku semua tulisaan aje.
tak ada gambar2 yg menarik langsung utk dijadikan santapan mata.
sumpah down gila bila baca buku2 ni.no
baik subjek Human Resource, International Relations, Ethics, Quality management...
tak mcm subjek2 masa sem 1,and 2 dlu.
balance, ade subjek kira-kira, berfikir, membaca yada yada...
tapi..ni? semua baca, baca, baca.
lecturer siap warning," this subject need a lot of readingsss" bla bla..

Siapa2 yang ada tips utk study subjek mcm ni,
sila2 lah kongsi dengan aku.
Tell me how korang study, yg agak2 boleh aku amalkan.
Betul2 kena buat something before its too late.



semua tulisan jer! berpinau mata hakuh!

"Ya Allah, berilah aku kekuatan utk belajar semua subjek2 ni. Jauhkan aku dari gangguan Syaitan yg direjam. Berikanlah aku semangat utk menempuh semester ini dengan tabah dan cemerlang. AMIN."

post signature

Saturday, July 18, 2009

Kak Piya masuk SJMC

hear me say; thejijie♥ at 12:21 PM 7 kata² bernas

Sekarang aku sedang berlepaking dirumah ku syurgakuSparkle. Mcm biasa la, aku mane nak lekat kt kolej. mesti balik punya! hee-hee. Sepatutnya Mimie Kusya yang ambik aku dikolej, tapi semalam kereta Persona ketagerakgado kesayangan dia tu buat hal plk. tak boleh nak start. (T.T), jadinya mama lah yg ambik aku dikolej. and yg bestnya, adik kesayangan ku Sharkfix balik yeayyyserucomel.. dah duabulan dia tak balik rumah yer. Ni 1st time dia balik dalam masa 2bulan. gilaa punya rindu lah dengan adik lelaki sorang ni. love3

Masa on the way nak pulang ke rumah, kitrg singgah di SJMChospital. Kak Piya kesayangan kami masuk wad lahCheeroh no Demam panas! kesian kak piyah. hari tu adiknya, Ammar Rayyan masuk hospital sbb demam panas, sekarang kak piyah pulak.gilir-gilir ke ni

kelihatan kak piyah dan wan(nenek) & mama. kakpiyah still boleh bagi senyuman trademark dia walaupun tengah demam. siap boleh nyanyi2 lagi tuh. mmg hyper btol kak piyah ni. you go girlserulove

walaupun ade larangan makan kt ctu, tapi sapik still buat x nampak and keep on makan di situ. bajet otai x ikut rule.hoho.

post signature

Tuesday, July 14, 2009

mari ke kelas

hear me say; thejijie♥ at 1:37 PM 7 kata² bernas
Sekarang aku berada di lab fakulti ku.
Sepatutnya aku gunakan peluang ini utk baca news di laman web bbc atau cnn.
(seperti niat asal)
tp aku plk pg bantai check facebook and update blog,
sgt menyimpang, tp itu yg aku buat.
smlm dah poyo2 kengkunun nak rest dr berblogging.
tu semua gimik yg tak mungkin akan berlaku.

jam dah menunjukkan 145pm..
masa utk ke kelas yg menyeramkan.

international relations.

dengar kata ramai student baru nak masuk hari ni.
yes! takda lah lecturer tu duk aim kami2 ni jer.

footnote: nampaknya doa nad supaya hari ni hujan ,termakbul. mentang2 aku tak bawak payung! saja je nak doa hujan turun kan.

post signature

Monday, July 13, 2009

siapalah aku...?

hear me say; thejijie♥ at 11:08 PM 6 kata² bernas


love15Sejak beberapa hari ni, atau secara lebih spesifik, pada minggu ini.. aku dapat rasakan penurunan penjejak2 kaki ke blog aku. sama ada penjejak tetap, mahupun penjejak yg datang sekali sekala.Ini dapat dilihat berdasarkan graf pengunjung yg sentiasa berada di angka satu.

oh tidak, aku tidak menyalahkan sesiapa akan hal ini, melainkan aku meletakkan segala punca dr aku sendiri., yang mana tidak memberikan gaya penulisan yg bagus serta tidak memberi sebarang kebaikan dan juga sebarang maklumat berguna kepada pengujung. gaya penulisan ku yg semakin hari semakin menurun semangatnya mungkin menjadi salah satu sebab berlakunya kejadian yg tidak diingini ini. berair

sesungguhnya blog ini wujud disebabkan oleh kehadiran pengunjung2 yg selalu memberikan aku kata2 semangat dan berkongsi suka duka. tanpa pengunjung, siapa lah aku. biarlah aku mengundurkan diri sementara waktu dr dunia blogging......

chaiissstt!!poyo! poyo! poyooooo!!P.O.Y.O!!


post signature

Sunday, July 12, 2009

mega sale wok!

hear me say; thejijie♥ at 12:26 AM 7 kata² bernas
Mega sale serukaler

Yep. everytime musim mega sale datang, aku punye gila pun automatik datang jugaserucomel Tapi jangan samakan gila aku dengan pesakit mental, (no2,no2),tapi tahap meroyan aku untuk shoppingshop yang akan menggila. Dibantu pula dengan kehadiran PTPTNduit, maka makin galaklah kegilaan aku utk menabur bakti wang di shopping2 kompleks sekitar lembah Klang.

Dalam masa tak sampai 42jam saja aku dah membelanjakan wang yang dikurniakan kerajaan dengan jayanya.HAHAHA. seronok.good sangat seronok. opp! tapi,tapi, jangan pandang serong dulu. aku tak de la boros sangat OK. setakat beli 2 helai bajudress, sepasang seluar, sebuah beg ke kelas,dan bedak foundation jenama FARMASI tu aku rasa tak dikira boros melampau lagi kot. alhamdulillah aku masih waras.masih memikirkan tanggungjawab aku utk menyimpan.hihi. smilelove

adik ammar dan kak piya juga mahu shopping!


p/s: Sesungguhnya aku SALUTE wanita yang tak gemar bershopping.

divider4

post signature

Thursday, July 09, 2009

yuna jadi duta uitm?

hear me say; thejijie♥ at 11:18 PM 2 kata² bernas


Tajuk entri tak ada kena mengena dengan isi kandungan entri.

Aku baru je pulang dr berjoget2 di Pusat Sukan UiTM. Tak pernah2 aku join aktiviti malam yg dianjurkan oleh UiTM, tbe2 terjebak plk disebabkan rumate aku dan kawan2 nyer memang peminat setia mengikuti aktiviti2 seumpama itu, and tak pasal2 juga aku terjoin dan dikelilingi budak2 mascomobreketsem lepas bukan main kutuk bdak mascom.ehee.cbreket. Tapi okey jugak join aktiviti mcm tuh, at least ada lah aktiviti nak buat sementara masih ada masa terluang. bear2peace

Esok aku hanya ada satu kelas. one and only class early in the morning. Setiap hari kelas pagi,ade la sedikit masalah dlm proses nak bangun pagi tu (penangan suka tido lewat). he-he. come on jijie, jangan liat2 bangun pagi! ingat moto baru, S.E.M.A.N.G.A.T!okey3^^

So far, i'm happy with everything. Rumate, room at the collage, classes, classmates, semua lah. goodsmile3 alhamdulillah. Harap semuanya okey until the end of semester.


p/s: sila tahu bahawa MEGAN FOX heroin cerita transformer tu adalah lelaki. yer.lelaki. so lelaki2 tulen diluar sana sila muntah sekarang, kerana anda sudah tertipu dan tercair pada org yg salah. tak caya? picit sini. sekain, eh sekian.

love10

post signature

Wednesday, July 08, 2009

motivasi diri bab 1

hear me say; thejijie♥ at 8:42 PM 3 kata² bernas

Sila lah tahu bahawasanya semester ni aku rasa sangat heavykejut. Lepas dah menganalisis jadual dan juga subjek2 yg aku ambik semester ni, rasanya aku kena lebih, dan lebih lagi beri extra efforts.
So,in order for me to give extra effort...i have to increase and decrease certain things first. Kira mcm oppurtunity cost lah ni. you know, give up something to achieve something else.

What to decrease;
1. Perangai suka menangguh kerja. Dis is the biggest loser and the most important think to keep in mind. Never ever try to do things at the last minuteOK??. Aku mengaku la last sem aku suka tangguh kerja. bukan last sem je..sem2 sebelum tu pun suka je tangguh kerja. selagi belum sampai due date tu, selagi tu la aku akan bersenang lenang. malam nak hantar baru terhegeh2 nak buat kan. alasan nya? sebab takut la kut2 ade perubahan dlm assingment. kalau buat awal2..kang ade kena ubah ke ape ke. leceh nak ubah balik.hihi. tu je alasannya. ye ye. langsung tak valid alasan itu! dush!tumbuk

2.Kurangkan meronggeng? oh tidak.aku suka meronggeng! nehi nehi. cannot go lah kalau tak meronggeng dlm semggu.hoho. ish susah la mcm ni. bru je ckp pasal oppurtunity cost td. tp tak willing nak give up something, tak jalan la oi. tpi akan dicuba. cuba mengurangkan aktiviti meronggeng aku. reduce sahaja OK la. kalau x meronggeng langsung tu mcm mission imposibble jerp.hmmhu

3. Kurangkan main dalam kelas.tettt... sape ntah kata aku suka main dlam kelas nieh. haish. tp, mybe la ade skitbeartido. kalau mula2 kelas tu fokus lah. lps dah msuk jam ke 2 tu.otak pun mcm dh block sbarang input msuk. pastu aktiviti mengumpat mengusik member pun akan dimulakan. ngeh3. itu perlu dihentikan segeraserubyk


What to increase;
1. Be more focusseru5 penting nieh. tp mcm mane eh nak kekalkan kefokusan dlm kelas? aku cpt sgt lah nak merewang ke tmpt lain. ish. perangai ape ntah yg aku warisi nieh. kecuali la kalau dpt lecturer yg garang & strict gler, baru la aku akan duduk tegak dlm kelas. nak gerak pon mcm takot. haha. obreketpulak dah kancbreket. dah tu kalau dpt lecturer yg lemah gemalai ala2 sutun tu. aku buat rileks je.

2. Banyakkan membaca. Ini kira semua jenis pembacaan lah kan. aku kalau bab baca membaca ni mcm tak berapa nak rajin lah. kalau baca menda2 yg tak berfaedah (bkn 18sx eh) tu laju je. kalau suh baca paper ke, blog ilmiah ke.harem. bukan tak cuba nak bukak page the star ke, utusan ke, tp kalau page agak2 lmbt nak bukak je trus aku tutup. kalau nak bukak blog org, fb,ms ke lame2 mane pon x kisah kot.sanggup.huwa

3. Be more organize. Kalau sebelum ni aku tak berapa organize, sem ni aku nak cuba utk jdi lebih organize. notes2 sume kena asing ikut subjek; setiap file kena ade kod kaler masing2, mcm aku buat masa asasi law dlu. tulisan kena lebih kemas, kalau tak tulisan aku cam aku tulis dlm tangan kiri. huduh bebenor.haha. nak cepat salin notes punye pasal. tulis


(sebelum kelas start ambik gambar dlu)

itu dia azam aku serta the do's and dont's aku utk sem ni. harap2 azam tidak hanya tinggal azam. perlu dikotakan! hope all goes well. and i manage to increase my CGPA for this sem. AMIN.

Jap, baru aku sedar yg entri ni byk unsur mengaibkan diri sendri. hadoi. tak pe lah. aku sedang cuba mengubah diri ke arah positive. nothing to be ashame of kan,kan kan. smiley

post signature

Monday, July 06, 2009

1st day

hear me say; thejijie♥ at 9:53 AM 7 kata² bernas
Holaaaa!!!
suka nya aku dapat on9 kt hostel!
suka suka dan sukaa!smilelove6
doa aku utk dpt blik yg ada line tenet akhirnya termakbul.
(jgn aku lalai dan dilalaikan oleh internet sudeyyh la)
dan rumate pon, alhamdulillah sgt baiksmilelove
alhamdulillah so far semua okey.( senyum sampai telinga)
harap semua nyer berjalan lancar sehingga lah akhir sem. AMIN.

Td bangun pagi nak siap2 gi kelas kol 1030
tp tersiap awal.
dah pg2 kelas, tp biasa la lctr x masuk lg skrg ni
sume dok pening2 kelas tu kelas ni.
kalau de lectr yg msuk 1st day ni mmg salute hbis la.
berdedikasi tuuuu..good


friends, WISH me ALL THE BEST yah!muahx

post signature

Saturday, July 04, 2009

karangan harian.

hear me say; thejijie♥ at 9:35 PM 9 kata² bernas

CHAK! heee. yeay aku dapat on9 lagi di rumah! ngeee...teruja tp malam ni merupakan malam terakhir aku on9 di rumah memandangkan esok aku dah masuk ke kolej.huk3.

Bercerita pasal kolej, seperti yg aku beritahu di entri lepas, hari ni aku pg daftar kolej. semangat ni keluar rumah awal pagi. kejut abe ale bangun pagi2 bagai nak make sure yg kitrg boleh bertolak keta2asap awal. gila semangat kan nak chop blik dan katil.. nape nak kena chop? sebab sekarang kolej di UiTM sangat2 lah terhad! kena bersaing utk masuk kolej. org sanggup buat apa2 cara sekali pun utk masuk kolej. kalau ada 'org dalam' tu senang lah. & ada yg berani nak merayu2 kt pengetua kolej .. gunakan pelbagai alasan, mcm rumah jauh..tak da sedara duduk dkt2.. gaji parents kecil dsb. as for me..dapat senang2 jer. alhamdulillah.

Aku & abe ale sampai di uitm dlm pkul 10pagi. masa tu mcm lenggang lagi la; org tak ramai. fuh! legaaaa~~ tp kelegaan aku tu hanya bertahan beberapa saat jerberair. nak tahu kenapa? sebab, org ajk kolej tu kata, buka"awk kena bayar duit kolej dlu melalui bank islam, baru boleh daftar..." tutupaahhh sudaahCheeraku tak buat pembayaran kolej lagi 2seruurgh. masalah ..masalah! & then aku macam takot nk ckp kt abe ale perkara tuh..seram woaaakejut.. mesti dia bising punya lah! huuuuu....tp no choice. kena juga beritahu dia perkara sebenar. " ehem2..yang..dia kata kena bayar kolej dlu bru leh daftar..." (dlm keadaan cuak ni)... " hahsoalan habis mcm mana"Yawn sesungguhnya tengok dia marah la perkara yg paling aku nak elakkan. tp aku deserve utk dimarahi. (T.T) mmg salah aku pon sbb x alert menda ni. sebelum2 ni mmg tak mcm ni, kena buat pembayaran terus sblum daftar.haih. dah la ptptn x masuk lagiii..

tp mujur kitrg dapat fikirkan idea. dan cepat2 bergegas ke pkns utk ke bank islam. walaupun ade sedikit masalah dlm proses transfer duit tu, tp alhamdlullah. we manage to solve it right away. legaaaaaaa..........serucomel but, as the result.. aku dapat bilik tingkat 3. blok 4B. okey lah tu. nasib baik ade lif.hehehee. xde la kembang kempis perut aku naik tangga macm mase aku asasi dlu. hari2 ulang alik naik tingkat 4. berair and, guess what, rumate aku budak mascom lagi! well2.. tak nak fikir negative dlu pasal budak mascom (mcm rumate aku sem lepas bdk mascom jgk) huk3. dia nampaknya mcm bdk yg baik n comel.gg2 Mazni namanya. hopefully she can be my best rumate ever.smile3beres

After all the registration matter solved, aku and abe ale bergegas ke Klang parade utk memberi support kepada buah hatiku, adik Ammar Rayyan bertanding dalam pertndingan bayi Pa & Ma. mujur la xde masalah otw ke sana. kalau tak hangin lg la mamat tu.haha. (sorry terngumpat abe ale).. tp kitrg sampai lambat.adik ammar dah pon ditangkap gambarnya oleh judges. tak sempat nak tgok adik beraksi. tp mummy kata, adik ammar tak berapa bermaya. sebab dia demam. ciannn adikberair. nak buat mcm mana hari ni jgk nak demam kan syg? mybe xde rezeki adik, tersingkir di pusingan tu. xpe,xpe. adik still comel tak kira menang atau tak kan.smileloveheart

oleh kerana adik tak berjaya msuk final, dlm pkul 12 lbh kitrg da gerak nak balik. tp aku n abe ale gi merendek jap kt sunway piramid. hajat nya nak tgok Transformer. tp dah nak msuk 2mggu tayangan pon still penuh! demm!! hbis bila turn kitrg nak tgok ni. sian abe ale dah kempunan nak tgok.hihi. org beratur sgt panjang! full. ish. then we decide nak main boling. tgok2 boling pon penuh! ade tournament. what the??..... then nak main ice skating, n guess what? ice skating pn x leh main sebab ade pertandingan ice skating.berair kempunan berganda. jadinya kami tggal no choice of aktiviti lagi; terjadi lah persiaran tanpa hala tuju.

uiks. copserubyk tak sedar karangan aku aku dah panjang ni. huhu. lama dah kot aku x tulis entri yg panjang berjela bercerita tentang aktiviti aku kt blog. huhu. nampak sgt susah aku nk tgglkan blog kesayangan ni. Lepas ni aku mgkin akan jarang berblogging dan update blog. tggal lah kau bersawang wahai blogku. tp kalau kolej aku dpt line tenet yg best, dpt la aku on9 puas2.:D
but till now, adios:) take good care of yourself. gonna miss you guys~~~~

p/s: surat utk si dia. dan isi kandungan hanya di ketahui oleh noor azlan hussin~ chewah :)

love

post signature

Friday, July 03, 2009

perihal kolej.

hear me say; thejijie♥ at 10:40 PM 4 kata² bernas
Esok aku akan ke UiTM utk daftar kolej.
Rindu UiTMlove6
and, and aku Syukur sangat2 sebab aku berjaya jugak dapat kolej sem ni.
Ini semua kerana aku jadi ajk kolej sem lepas.good
kalau tak, huh. jangan harap la aku akan dapat kolej;confirm2 tak dapat punya.
Aku bukan la jenis manusia yg rajin attend aktiviti kolej;
dan berebut kupon aktiviti itu bukan lah hobi aku.berair

Tapi, kalau diberi peluang, aku nak jugak rasa duk rumah sewa.
Jeles bila tengok member2 yang duk luar tu.
rileks jer. xpayah nak susah2 compete utk dpat kolej.
tak payah nak takot2 spot check.
tak payah nak ikut peraturan kolej.
tak payah nak terikat dengan ape2 aktiviti.
tak ada curfew (btol ke eja1soal)

kalau kat rumah sewa....
boleh tengok tv
boleh lepak2 sampai malam.HAHA. (tak bagus)
boleh suka hati nak balik kol berapa.
dan beberapa lg kelebihan.

That's why lah member2 yg duk luar kalau dtg kolej aku jer mula la kata
"ish terasa terkurung lah duk kolej',
"boleh ko tahan dok kolej kan?",
"nasib la aku duk luar...rasa terseksa la duk kolej" yadaa..yadaaa....

banyak ckap btol.serukalergado


Padahal dia tak sedar yg duk kolej ni ade byk kelebihan jugak.(utk sedapkan hati sndri)
pertama, lebih selamat and secure sikitt la berbanding duduk luar.
duduk luar terlalu bebas, dan boleh menyebabkan kita 'panjang langkah'.
dan yg paling sakit, duduk luar memerlukan banyak wang !kejut
lagi, kalau xde transport nak pg kelas mmg malang la;hari2 mesti kena bangun awal punye nak pegi kelas.. n kalau x, hari2 la ko dtg lmbt ke kelas. huhu.
n lagi parah kalau dpt housemate perangai mcm 'syaitonn'kantoi.
tak aman hidup.zup

jadi, kesimpulan nya.
samada duk luar atau duk kolej, masing2 ade kelebihan.
tp aku berharap yg mama akan terbuka hati utk membenarkan aku duduk rumah sewa suatu hari nnti. teringin lovelmptla nak duk luar mama!
kalau ditakdirkan sem ni aku malas nak jd AJK,
dan tak dapat kolej dah sem depan,
maka nak tak nak, mama terpaksa benarkan kan kan.he-he.peacesmilelove


p/s: sekarang mmg susah nk dpt kolej. mcm satu pertarungan yg hebat! Mujur aku dapat..love32

post signature

Thursday, July 02, 2009

;((

hear me say; thejijie♥ at 10:34 PM 2 kata² bernas


;((

forget the sadness. and just watch this video.it lighst upsun2 my mood:)


post signature

brain damage.

hear me say; thejijie♥ at 12:40 PM 9 kata² bernas
Seriously I need to get back on track.

there's been too much resttido;
too much tvtv; too little exercising
and too much online; yet too little reading

and it cause a disaster to my brain cell.
;and thats why my brain is not working properly since my sem break.

I can't seem to remember my friends name!gado

how bad is thatYawn demmit.
is there anything that I can do to fix this damage1soal
Looking forward for my new semester.
..
....
.......
i guess.

love33love4


post signature

lagi2 emoticons!

hear me say; thejijie♥ at 12:39 AM 7 kata² bernas
Makin galak pula aku buat emoticons ni.senyum2
ramai yg tanya mcm mana nak buat script ni. tp aku nasihat kan bertanya lah kpd yg lbh pkar.
kerana sesungguhnya aku bukan orgnya penampo

divider3

Sbelum aku balik UiTM ni, aku nak upload emoticons 3D yg comel Claplotey ni.
jadi maka nya, korang install je lah eh. hihi.cumel

emo14emo20emo8emo13emo21

love7love20

p/s: dah install tu pndai2 la kumen aku eh...hihi.beruang

post signature

Wednesday, July 01, 2009

sah kelakar

hear me say; thejijie♥ at 1:39 AM 8 kata² bernas


Tadi ketika aku berjalan seorang diri melalui blog rakan2, tibe2 aku terlalu di blog rakan yg bernama YnaOhYna. ehe. Yna ade cerita psal dia pecah perut tgok satu rancangan baru di astro mustika yg bertajuk 'spontan'. Cara dia discribe show tu mmg mcm tersangat lah kelakar tahap extreme. Aku pun berkata dlm hati.."ni mesti btol2 klaka nie". Memandangkan aku masih lagi belum melanggan siaran mustika, maka dengan ini aku pun sedikit kuciwaberair sbb tak dapat nak melihat menonton rancangan yg diperkatakan itu tadi. Tibe2, aku pon dapat ideamentol . Per kata aku cari rancngan ni di youtube. and wallaaahhCheer ada rancangan tu disana.



sila saksikan

Sumpah Zizan klaka giler!! haahahaa.. hahaadia tu manusia ke hape..lawak cm tapir jerserubyk aku gelak mcm giler giler punya. smpai tk boleh bernafas haha. nak gelak lebih2 mcm tak sesuai la plk. pagi2 buto gelak2.kang org kata cm setan lak. huk.tp time zizan wat lawak je gelak cmtu. time org lain buat lawak mcm teetttttt......zupdusshhtumbuktiada respon. mereka patut ajak johan buat lawak dgn zizan. msti gelak guling2 bercucuran ayer mata punyaseru5

ada lgi satu video kelakar yg aku nak kongsi;


Motif: Dalam hidup kita mesti yakin dengan ape yg kita cakap, kita lihat, dan paling penting yg kita 'dengar'...

ribenlove

post signature

 

The Meaning of Life is.... Copyright © 2009 Designed by Thejijie09 designed for 2009