KELIK NUFFNANG KU!

Sunday, September 27, 2009

kesimpulan RAYA 2009

hear me say; thejijie♥ at 9:30 AM 3 kata² bernas
Urrghhh...tension pulak dengar lagu raya skrg nieh. sudah2 la raya tu. aku kena terima kenyataan bahawasanya aku dah kena kembali kepada rutin harian aku di UiTM.

divider2

Aku nak jugak ceritakan pengalaman raya aku tahun ni. Tapi, malassss nak menaip.malas nak upload gambar. malas nak buat ayat. malas dan malas dan malas lagi. huhuk! Cerita raya pun dah basi kot. skull

Tapi, aku nak buat conclusion je la untuk RAYA 2009. dan, conclusionnya ialah?

Raya tahun ni kurang meriah. Diulang, kurang meriah. Dalam skala 10, aku hanya mampu bagi 6 mata jer! sebab utama yg membuatkan aku rasa raya tahun ni tak best ialah sebab,

mama aku tak sehat dipagi raya. Bukan tak sehat biasa, tapi tak sehat sampaikan kena bawa pergi hospital bahagian emergency! Imagine la mcm mana perasaan korang kalau tgok mama korang sakit yg teramat sgt di pagi raya. mesti raya sedih kan? tu yg aku alami masa tu. sedihhhnya tgok mama macam tu!! tapi, alhamdulillah, mama sekarang dah okey. mama cuma alergic pada satu makanan tu. alergic yg teruk aku rasa. huhu. kesian mamaku. Jadi, raya pertama hanya sekadar melaram dirumah. walaupun tak berjalan ke mana, tapi melaram tu mesti diutamakan, betul tak? hehe. Tetamu2 yg datang tu macam dtg untuk dua tujuan, kira 2in1 la ni.. beraya and melawat mama.

Then,2nd day raya, barulah kitrg ada chance keluar beraya. ada FAMILY GATHERING TUAN FATIMAH. ni kira family gathering family aku la. every year ada jer family gathering ni. and jarang lah kitrg miss. mesti pergi punya. kali ni, majlis ni dibuat di dewan skolah yg pling famous kt Besut, iaitu sekolah Tengku Mahmud 1. 2nd day raya better la dr 1st day raya tu. mama pun dah beransur okey;)

raya ketiga? raya ketiga kitrg beraya lagi. kali ni ke rumah sedara terdekat and also ada satu jemputan kahwen. seronok la dpt berjalan2 raya and kawen. mentari muncul kembali kedalam hidupku.chewah.flystarawan3 and the best part is... ambil gambar family bersama! raya tahun ni gmbar keluarga diambil raya ke3.. sebab mase tu semua family members ada. COMPLETE!!

raya keempat, kitrg dah berangkat pulang ke KL. Saja je balik awal2. sbb nak spend time raya kt rumah plk sblum masing2 masuk belajar and kerja. seharian duduk dalam kereta. dah biasa kot. 8-10jam tu mesti lah!

raya kelima, aku n adik beradik pergi beraya di sunway piramid. Raya ke?? hoho. bukan kategori raya kot nieh. ni dah lain hajat sbnrnye. aku yg beriya tak mahu shopping tu, leh lak tershopping lebeeh!! urghhh ni yg menyampah keluar ni. ade je aku nak rembattt!!berair dasar kaki shopping, buat la mcm mna pun. mesti TERbeli punyaaaaa...

Haa Raya keenam, aktiviti aku untk raya keenam ni kan, pagi2 lagi mama da kejut aku suh tolong masak. masak tuk sapa la pagi2 ni kan. beriya sangat jer. haha. cuba tekaaa..teka laa.. (ya allah poyo nyer). hehe. Hari ni family abg ale nak beraya di rumah. wah ape lgi, aku n mama dah start bersilat awal2 lagi kt dapur tuh. masak kerutuk daging+ayam masak merah+nasik minyak. langkah kanan la family alan, kebetulan kitrg mmg nak celebrate bday adik lelaki kesayngan kitrg, Sharkfixx yg ke 18thn. sebenarnya birthday syafiq 28hb, tapi saja sambut awal sbb dia pun dah nak balik Matrix dia. huhu. Miss you la brooooo:(

Raya ke-7! Raya ketujuh ni la yg takleh blah. aku gi bantai ikut alan join konvoi kwan2 dia beraya. dah la aku tak kenal sgt kwn2 dia. tp tetiba leh join. mahu x macam kera sumbang aku kt ctu. chiiissttt!!!! dah la kwn2 laki dia menyakat org, subhanallahhh...mulut tak ada insurans. naik menyampah aku. tapi, nasib baik la dorg tu kawan2 alan...leh lagi aku senyum time diaorg wat lawak BODOHHH dorg tu. kalau tak.. mahu aku baling almari, kerusi and segala mcm perabot kt mamat2 mulut cam gampang tuh! ha kau. marah ni. mentang2 aku senyum dorg meneruskan la adegan mulut tak ada insurans dorg tu sampai la dorg blah dr mata aku. fuh.. sampai kesudah nak menyakat. sikit2 sudeyhhh.. lain la kalau aku dah kenal benar ngan korang.. ni tak, jumpa baru 1,2 kali dah nak buat lawak sengal korang. lepas ni, malas da aku nak join dorg. no2no2no2serubyk

ape kes ntah aku pkai songkok abg ale...huhu..

Raya ke-8?? hari ni la kan? time to balik koleeeeejjj!! yeeaayyyyy... (suke kerrr???) sukaaa sangatt!! (Sambil menangisss...)

p/s:ni bukan mcm kesimpulan lagi dah ni.......... ape kejadahnya semua ni.loveterbang";})();ButtonMouseDown(this);'>


post signature


divider2

Friday, September 18, 2009

update skit.

hear me say; thejijie♥ at 1:04 PM 8 kata² bernas

Tadi lalu blog ASNA CUTE, tengok dia update pasal buka puasa kt Flaming Steamboat. Pastu baru teringat nak update pasal REUNION BERBUKA PUASA dengan budak2 sekolah menengah aku... di tempat yg sama.

Lokasi: Flaming Steamboat, Sunway

Tarikh: 12sept09, 9malam-12mlm

Ape yg aku boleh kata ialah;

S.E.R.O.N.O.K!

best dpt jumpe kawan2 lama yg ade tu smpai 5tahun tak jumpa!

divider4

btw, dpt kad raya dr KAK DILL+ KAK ANNA;

post signature

melayu dah makin layu...

hear me say; thejijie♥ at 12:31 AM 8 kata² bernas

Aku ni bukan reti sangat sebenarnya nak mengulas isu2 semasa mcm ni. Tapi tibe-tibe macam nak kongsi pendapat pasal perangai melayu kita yang aku tengok makin ke condong ke arah barat. tengok artis tempatan sudah la. Poyo habis. Kalau tak pergi clubbing, minum arak and buat benda-benda terkutuk mmg tak 'kelas' lah kan. Aku ambil contoh ; Tiz Zaqyah si heroin Nur Kasih tu. As a fan of this drama, aku memang betul2 kagum dengan cara dia berlakon. sebab memang menusuk kalbu betul. aku macam bercita-cita nak jadi wanita yang spesis dia dlm crita tu. ala-ala beriman, lemah lembut & so on. sangat suka dia berlakon sebagai Nur Amina. Tapi, malangnya, dalam dunia realiti perangai nur amina dengan tiz ziqyah memang jauh beza,macam langit dengan bumi!

tak tahu kenapa aku rasa kecewa gila tengok dia mcm ni.hahaha... macam aper jer. tp serius laaa.. kan bagus kalau dia betul2 mcm nur amina. boleh la aku jadikan sebagai idola. susah betul nak cari idola yg betul2 boleh dibuat teladan. hoho.. dulu suka tgok waheeda. tp sekarang menyampah gilaaaa..meluattt! semua sama jerr. kalau dah jadi artis tu, memang perangai jadi mcm sampah ke erk. huhu.


eh eh... sudah2 la aku mengutuk. aku pun bukan la baik sangat. (at least aku x pnah pg clubbing) hik3... mintak dijauhkan laa... Marilah kita sama2 berdoa supaya kita akan jadi insan yg lebih baik hari ke hari. Aku pun sedang belajar untuk jadi lebih baik,huhu.

p/s: Aku balik kampung hari sabtu ni....malam rayaa...1st time ever balik malam raya huhu...

~terbang2niceterbang2~

post signature




Tuesday, September 15, 2009

oh mama, nak duit rayaaaa......

hear me say; thejijie♥ at 1:04 PM 6 kata² bernas

Jujurnya kehadiran Hari raya tahun ni, tak memberi apa-apa kesan pada aku. Aku cuma happy sebab dapat cuti seminggu and dapat relaease tension sekejap. Bukan maksudnya aku tak happy dapat balik kampung dan bertemu sanak saudara, tapi ntah lah.. terasa perasaan raya kali ni tak beriya macam perasaan masa aku muda2 dlu. Mungkin ini tandanya aku dah mengalami perubahan umur? Terasa diri dah tua kot? Ataupun aku jadi down nak raya sbb fikirkan kemungkinan yg aku tak akan dapat duit raya.....huhu sadissnyaaaaa.. kalau sebelum ni, duit raya lah yang menjadi pujaan hati setiap kali dtg raya. tapi, bila umur dah lebih had mcm ni, ape maknanya raya lagi bg aku kalau duit raya tak dapat?? (T.T)

Ape2 pun, RAYA tetap RAYA. Aku still menunggu ketibaan hari tu dengan tangan terbukaa.. Cuti seminggu harus digunakan sebaik2nya. Sebab lepas cuti raya seminggu.....tibe lah pula masanya untuk kembali H.E.C.T.I.C! Kuiz, test, asssignmentssss!!!


p/s: orang raya nak happy2... tp aku x bleh nak happy sgtt..byk keje perlu difikirkannn.. Kuatkan lah semangat aku untuk menempuh dugaan-dugaan mendatang ini Ya Allahhh......



post signature

Thursday, September 10, 2009

macam2 adaaa....

hear me say; thejijie♥ at 3:38 PM 7 kata² bernas
Tak sampai lagi duamggu kita kan menyambut hari raya. Yeay yeay! Seronoknya balik kampungggg!! but before that, aku ada lagi satu minggu kelas seblum cuti raya bermula. Tapi tahun ni cuti raya tak lama la. Ni sume gara2 cuti mengejut selsema vavi tu. eh btw, ape citer penyakit tu erh. Dah kurang ker.huhu. Aku dah lama tak baca paper, and tengok berita. Ntah apa yang aku busykan sangat sampai aku lupe nak ambik tahu perkembangan semasa. sangat sadis kan(T.T)

divider

Kalau sapa2 perasan la, entri aku kebelakangan ni agak berbaur sayu and marah. Tapi,Alhamdulillah, mood aku kembali ceria. cumel Perkara yang dah lepas tu, aku dah malas nak ingat. Baik aku focus study utk test aku esok. ada lagi satu paper. Tapi, serius la..semalam memang kemuncak kesedihan aku. aku tak boleh fokus langsung study. haih. Aku ni tak kuat semangat langsung! Lomahhh ajooo! bila nak kuat ni? Aku memang kena belajar utk jadi kuat and tabah. hurm.

terbang

Oh btw, aku dah dapat stok FANCYFACE MASK. Ade aku upload kt Facebook aku. Tapi stok tak banyak la.kalau byk permintaan, aku minx supplier aku, iaitu uncle and untie aku utk topupkan stok. hihi. Dah lama tak berniaga. Dulu aku ade jugak sempat buat kerja part time kt kolej. hihi. jual gelang time puasa. Kencccaannggg gile! hahaha.. syiok aku berniaga. Tapi skrg, senang. Iklankan online jer. berpusu2 orang beli. even dah ramai sangat org buat jualan secara on9 ni. so mmg tak rugi cuba nasib jual online. Selain dr facemask, aku ade jugak stok gelang2. Cantekkk.. aku pun gila kot gelang ni hari tu. bila dah beli, menyesal. sebab aku beli harga mahal. padahal untie aku jual murah jer. aku beli hari dua kali ganda harga dr harga untie aku. dah banyak kali dah aku menyesal beli barang kat luar, sebab tengok2 untie aku pun ada jual, tp dengan harga yg lagiiii murahhh! ish. Lepas ni aku kena survey dlu stok untie aku, kalau untie aku tak ada jual,baru aku beli kt luar. kalau ada, silap2 aku beli sedozen koott ngan dia..sbb harga mmg sgt berpatutan.

p/s: sapa2 nak order fask mask mcm ni, leh contact aku OK!!pelangi3

post signature

Wednesday, September 09, 2009

mood hilang

hear me say; thejijie♥ at 7:01 PM 4 kata² bernas

Situasi sekarang tak berapa memberangsangkan. Tak ada mood ; Hati rasa sedeyh ,Baik diam diri. Memang salah aku. Tapi jangan buat aku sampai macam tu. Aku pun ada harga diri.

p/s: Tak akan aku lupe kejadian semalam.

post signature

Sunday, September 06, 2009

Tak baik marah lama2..

hear me say; thejijie♥ at 10:21 AM 6 kata² bernas

LOKASI: DI BILIKKU, di RUMAH hihi

STATUS: BELUM MANDI

MOOD: BIASA2 SAJA

Yeaa...Aku pulang lagii ke rumah... setelah agak nekad tak mahu pulang ke rumah pada minggu ni, namun aku terpaksa akur bahawasanya aku lebih selesa berada dirumah berbanding dikolej. hehe.. lagipun rumate aku tak ada kat bilik....bosan duk sorang2. jadi aku decide last minute nak balik semalam. mujur tak ada kelas sampai selasa, boleh la aku rilek2...eh bukan rilek, boleh la aku study dirumah dengan tenang.tenang ker?kang meliar je akuh.hish. Ini adalah oleh kerana pada minggu depan, iaitu bersamaan 9/9/09-11/9/09, aku akan menduduki MID TERM TEST.

DOAKAN KEJAYAANKU.

divider

Termasuk semalam, kira hari ketiga aku berbuka diluar. Kali ni aku berbuka bersama ALAN and kwan2 lama beliau di Village View, Jalan Reko. Setelah agak benggang pada hari seblumnya, mujur hari semalam menyenjukkan hati aku.hihi. Aku tak boleh marah dia lama2. just cannot. sbb dia sangat pandai buat aku tergelak. tengok muka dia pun aku nak gelak dah. hish. teruja tapi gambar tak ambik pun. Semalam kawan2 dia kebanyakkan nya lelaki. Segan beb. nasib baik segan bukan sampai tahap nyorok bawah meja.hihi.

Btw, tadi melawat blog alunan~scarf. Cantik2 tudung dia. tp harga agak mahal la. aku jarang nak spend duit banyak2 utk beli tudung jer. kalau beli baju takper. tudung mcm..errrr... no no. kalau mahal aku tak beli punya. Tapi, aku mcm berkenan dgn satu tudung ni cantik!

gambar di ambil dr blog alunan scarf.

cantik kan.kaler baby blue, harga RM80. baju raya tahun ni kaler baby blue. kalau beli okey x? tak mahal sgt ke erk.huhu

ribenlove

post signature

Friday, September 04, 2009

uish panas panas....

hear me say; thejijie♥ at 11:34 PM 8 kata² bernas

Aku bukan ada cerita panas atau pun gosip2 panas yg nak dikongsi.... tp HATI aku ni yg tengah panas. Aku kalau tgah benggang memang aku kena lepaskan, tak boleh simpan2..nanti aku jadi ting tong a.k.a mereng dan hati tak tenteram serta kurang menikmati hari2 yg indah. dah pulak dalam bulan puasa ni, mmg lagi la tak elok marah2 kan. jadi solutionnya, ialah lepaskan..lepasskan....lett it goo..........................................serubyk

divider3

Aku tak suka nak marah....lagi2 marah orang yg aku sayang... tak tenteram rasa hati ni. Tapi, bukannya aku ikut suka hati aku nak marah camtu. aku ada sebab! Tapi, ntah la. kesian org tu tak boleh nak buat apa kerja lain..nak kena layan aku jer....

maybe aku ni je kot yang terlalu emotional and suka touching2...

maybe aku bertindak mcam budak2...

and maybe bagi dia, aku ni tak matured....berair

maybe tak patut aku menuntut 24jam masa dia utk aku...

and maybe,maybe

I'm wrong. Im sorry.

(bape banyak maybe daaa)

p/s:I has a sad? btui ka ayat gmbr nieh.hish.dah jom main PET SOCIETY!

post signature

Tuesday, September 01, 2009

Pakai mask sebagai trend?

hear me say; thejijie♥ at 7:14 PM 14 kata² bernas


Sejak aku demam seminggu hari tu, bermulalah zaman aku memakai mask a.k.a penutup hidung dan mulut. Sebelum ni, tak pernah terlintas di fikiran aku pun nak bergaya dengan pakai mask segala ni. Tapi, sejak berlaku nya penularan wabak selsema vavi yg agak kronik sejak akhir2 ni, aku pun mula mengambil langkah berjaga-jaga. Sekarang pun dah semakin ramai yg mula mengambil langkah memakai mask ni (which is good), sebab kesedaran tu dah meningkat.

Kalau kt kelas, aku rasa aku je lah satu2 nya manusia yg melekat pakai mask ni. Orang lain mcm tak kesah pun nak pakai mask. Mula2 dlu agak malu la kan nak pakai ni, sementara orang lain semua tak pakai pun. So kira on-off jugak lah. Sampai kan lecturer aku, Dr.Naqiuddin pun nak perli aku dgn berkata,"Aik, kenapa tengku dah tak pakai mask? mane boleh kejap pakai, kejap bukak..."huhu. Aku cakap, tak nak pakai selalu..sebab malu.

Tapi skrg aku dah mcm terbiasa pakai mask. Mcm suka plk, sebab ala2 misteri gitu. Nampak mata je kan...Nak pakai purdah pg kelas tak boleh, jadi pakai mask ni pun kira pakai purdah jugak lah tu. hihi.


Tapi kan, ada satu perkara yg aku notice sejak aku pakai mask. haaa..nak tahu? ni meh nak citer.. (encik alan sila jgn salah faham erk.) Aku rasa kan ,sejak aku pakai mask ni, budak laki ramai plk tegur aku. HAHAHA. dimana2 saja mesti ada orang tegur.haha. Abe Ale, bukan sy suka org laki tegur sy... cume nak perasan kejap.hhehehehehe... jadi ladies yg single tu, kalau nak rasa perasan fofuler sekejap mcm i, sila la pakai mask erk.haha. Ish...dush3 melebeh lak aku.lembu

Okey cukup dah tu. aku nak pgi study ni. next week dah mula minggu MID TERM TEST! urgh

P/S: Aku nak jual fancy mask nanti. If ada stok.yeay. love32


post signature

 

The Meaning of Life is.... Copyright © 2009 Designed by Thejijie09 designed for 2009