KELIK NUFFNANG KU!

Thursday, November 26, 2009

esok raya?

hear me say; thejijie♥ at 11:49 PM 2 kata² bernas


Esok RAYA AIDILADHA. Yer, aku tahu tu. tapi, mood raya langsung tak ada walaupun sekelumit.Sebab utamanya ialah, parents aku tak ada kat sini.Mereka jauh nun di Makkah. Apa la agaknya yang mereka buat kt sana sekarang yer. sangat RINDU nak jumpa mereka. berair

Apa-apa pun, RAYA tetap disambut dengan tangan terbuka. Selamat datang Aidiladha, dan selamat Hari Raya Korban untuk mereka yang menyambutnya. Aku doakan mama n ayah aku selamat and sehat2 saja kt sana. semoga semuanya berjalan lancar.


p/s: rasa pelik first time beraya tanpa parents kesayangan. Clap


post signature



Tuesday, November 24, 2009

aku busy

hear me say; thejijie♥ at 11:22 PM 8 kata² bernas
Aku BLANK. Nak mulakan ayat untuk entri ni pun makan masa 10minit kot. Sangat lembab aku sekarang. Otak karat.demm. Aku rasa aku patut luangkan masa tengok dunia luar. Rasa macam dah lama sangat aku tak luangkan masa buat kerja-kerja diluar rumah macam masa aku muda-muda dulu. Nak tunjuk muka kat jiran-jiran sebelah rumah pun aku dah lama tak buat, apatah lagi nak beriadah main badminton macam cik sentap (main badminton pejadahnye,raket pun tak ada).

Sekarang ni,otak aku macam sangat serabut dengan coding-coding html blogshop yang aku tgah buat sekarang. Ditambah pula dengan karenah para pelanggan yang bermacam-macam jenis. Sangat menekan jiwa raga. Ini baru kerja sikit ni, kalau kerja makan gaji nanti, mesti tension yang amat kan? uish. sangat tak sedia untuk itu. huk2. Tapi, ni la satu2nya cara untuk aku dapatkan sikit duit untuk bershopping. Sebab selagi mama and ayah aku tak balik dari Haji, aku tak akan dapat merasa nikmat bershopping. Lagi-lagi bila ada 'pemerintah kuku besi' yang menguasai rumah ni.HAHA. So, no choice, kena kerja sikit. Kerja pun tak susah mana, tapi berbaloi-baloi.hihi.

Btw, hari AHAD hari tu, aku and Abe Ale pergi kenduri kahwen kakak kepada blogger, YnaaOhYnaa dekat Dewan Felda Merak Kayangan. Nama dewan pun dah macam kebabom kan, tunggu korang masuk dewan tu dulu baru nak tahu kebabom ke tak. dan ternyata dewan itu sangat gah dan cantek dihiasi dengan pelamin yang sangat melatop. sangat GRAND finale lah wedding kakak Ynaa! suke suke! hehe. Tapi kalau Ynna pun turut sama kahwen mesti lagi meriah kan. sabar je lah ynaa yer. nak buat macam mana, tak ada jodoh lagi sekarang, beside you still young, macam I. hehe.^^ tapi sayang lah, tak sempat nak bergambar-gambar dengan tuan empunya majlis.


sangat cantek berbaju pink:)

Apa-apa pun, part yang paling best hari ahad hari tu ialah aku serta abe ale telah pergi mendatingkan diri berdua. Kemana lokasi dating kami kali ini? nak tahu? anda pasti? ye? baiklah, mari tengok apa kata survey; Lokasi dating kami= MUZIUM NEGARA+ PLANETARIUM ! HAHA. yer, sila percaya ye kawan-kawan. (Kepada yang nak gelak tu, sila gelak jauh-jauh sikit.) Aku pun nak tergelak dengan kenyataan tersebut sebenarnya, dengan berbaju kurung segala, tibe2 pergi melawat muzium. HAHA. Tapi nak buat macam mana, aku jugak yang teringin nak pergi tempat tu.sukahehe. Korang memang patut la ajak BF ke GF masing2 pergi dating kat muzium. sebab tempat tu sangat menarek ok. ditambah pula dengan BF or GF korang yang buta sejarah tu, masa ni lah korang nak tunjuk bakat korang dalam sejarah. aku sangat recommend korang ke sana. lagipun harga tiket lagi murah dari teh tarik kat KFC. Lepas dah pusing satu muzium tu, kitrg ke planetarium pulak. kantoi Planaterium lagi la bertambah2 murah tiketnye. tapi yang slacknyer, tempat tu macam dah tak ada orang pergi. pameran pun ntah ape2 je yg ada. not recommended untuk korang pergi.

Eh, tibe2 macam terpanjang pulak aku menaip.sudah, sudah. cukup setakat ini entri pada kali ini. sekian, terima kasih.

p/s: gambar tak ada kaitan dengan entri. cuma rasa dah lama tak tepek pic dua orang budak busuk ni.

post signature

Friday, November 20, 2009

orang nak kurus, aku nak gemuk

hear me say; thejijie♥ at 3:04 PM 23 kata² bernas

Yer yer, aku tahu aku gagal dalam menjalankan misi aku untuk tidak berblogging dan berfesbuk selama sehari. Memang aura kedua2 benda alah ini sangat kuat dalam diri aku dan sesungguhnya tak mampu untuk aku berkata tidak. Ape-ape pun, aku perlu lupakan hasrat aku untuk tak on9 sehari tuh.sebab memang tak akan menjadi. huhu.tak on9 sejam pun rasa pelik, inikan sehari. mmg impossible.

Tapi bukan itu yang aku nak merepekkan sekarang ni. Apa yang aku nak cerita ialah pasal berat badan. Rata-rata orang semua nak ada badan slim melim kan. Contohnya macam Cik Asna Cute kita tu, yang pada aku badan dia tak ada masalah,dan sangat aku impikan. Tapi boleh pulak cik boyfie dia kata dia muncet? hahahaha. klaka2. Asna, youre soooo not muncet okey. Badan kamu dah okey. Tak macam aku yang kurus melengkung nie.

Honestly,aku sakit hati kalau orang kata aku kurus, dan sebolehnya aku akan cakap yang aku tak lah sekurus macam yang diwar2 kan tu. Kalau kat kelas aku, kawan2 selalu kata aku kurus,"keciknyaa pinggang ..ko makan ke tak ni". urgh"Kurus la jijie nie..tengok kaki. Ni kaki ke tiang?" (ni paling sakit hatiberair). "Ni tak de isi ni. maca tulang bergerak! hahaha" .isk. hampeh la korang ni. Buat aku down je lah. cuba bagi semangat sket. kata la yang baik-baik. At least aku tak la sekurus orang yang ade penyakit ape tu... anneroxia?alaa penyakit yang slalu orang muntah2kan makanan balik tu. ntah ape nama ntah penyakit tu. Aku healthy yer. tak ada sakit2 seumpama itu. Nak buat macam mana, even aku makan banyak skali pun, berat badan aku sangat susah nak naik. Makan la beger mcd kol 12 malam selama seminggu berturut2 pun, berat badan aku tetap stay stakat citu. Habis nak buek camno?

Tapi tu la, even aku cuba untuk positif kan diri pasal berat badan aku ni, still aku nak cari alternatif untuk naikkan berat badan. Tapi semua tu perlukan duit a.k.a moneyduit. mane aku nak cekau duit nak beli produk2 nak gemukkan badan tu. Selera makan aku pulak macam tak menentu. Kejap selera makan aku besar, kejap lagi selera makan aku kurang. Makan je slalu tak mampu nak habiskan. Kang mangsa nak habiskan sape lagi kalau bukan Abe Ale ku itu. Nasib selera makan dia besar sentiasa.hihi.suka

So kawan2, any suggestion on how to gain weight without have to spend a lot of money? Kalau ada, kongsi2 la ilmu tu dengan aku eh. Sebab aku memang nak menaikkan berat badan,at least sampai 47kg. (berat badan aku sekarang 42.8kg,baru timbang semalam). huhu.

p/s: kurus pun susah, gemuk pun susah. memang manusia tak akan pernah berpuas hati dengan diri sendiri.

post signature

Thursday, November 19, 2009

Mission impossible

hear me say; thejijie♥ at 10:03 PM 12 kata² bernas
MISSION: SAY NO TO BLOGSPOT AND FACEBOOK FOR 1 DAY




Memang betul jangkaan aku. Time aku free macam ni, makin berganda2 kemalasan aku nak menghupdate blog aku yg busuk ni. Kalau time exam hari tu, terhegeh-hegeh2 pulak aku nak update, padahal banyyakk gile lagi kot nak kena baca tuk paper esoknya. Tapi sekarang bila tiba time cuti tak ada apa la pulak nak merepek kat sini.

Aku tak tahu la ape sindrom yang dah melekat dekat aku ni. Aku rasa macam otak aku dah makin slow. Makin tak ada idea nak meraban pasal apa. Selain daripada otak slow, aku rasa macam otak aku dah makin sempit. Tak berkembang dengan baik. Mana taknya, nak baca newspaper malas.nak tengok berita malas. nak tengok tv malas. semua perkara yang boleh membuka minda tu aku malas nak buat lah. Ni keja aku online, buat blog orang, merepek kt fesbuk, borak karut marut ngan member, merajuk dengan laki aku.opsberair. (ternyata semua perkara2 yang disebut diatas memang semuanya tak berapa nak memberangsangkan otak.)

Maka, dengan ini aku nak memberhentikan sementara kegiatan aku mengadap laptop selama 24jam a.k.a sehari. Aku nak tengok apa yang akan terjadi kat aku kalau tak online dalam masa sehari. Ini juga bagi membolehkan tumbesaran otak aku berjalan dengan baik. Bak kata orang kelantan, nok bagi otak kembe sikik. tak dok la ore kato aku ni kero sumbe tok tahu gapo pasal perkembange dunio luar. Jadi, mulai esok, aku akan tidak mengonlinekan diri. aku rasa kalau aku tak online pun orang tak sedar.sebab aku bukan la manusia yg famous ala2 Hanis Zalikha tu.HAHA. (gelakkan diri sendiri.)

Aku tak tahu ape motif gmbar ni kat sini.

Jap,aku belum habis. Ni aku nak buat iklan sikit. Kepada sesiapa yang berminat nak upah aku buat blog korang, tak kira lah blogshop atau blog personal, sila lah contact2 aku yer. Nak contact aku senang jer. Add aku kt YM atau email jer; Jijie_tsyarizat@yahoo.com. At the moment aku tengah siapkan blog kak Yatti Omar; Butik-avicenna.blogspot.com. 85% siap:)

post signature

Sunday, November 15, 2009

Segala yang indah ada di Butik Edast

hear me say; thejijie♥ at 6:58 PM 6 kata² bernas
Jom tengok
edast-onlineboutique


p/s: shawl ni dibeli di Butik Edast!

Pendapat tentang BUTIKeDast ;
First of all, only one word can describe Butik Edast= Terbaik!

Actually dah banyak kali shoppingshop di butik edast. Sebabnya? banyak tudung and shawls2 yang sangat cantik dan menarik hati. I juts cannot resist it. Owner nya pun, Kak Edast sangat friendly dan baikberesgood. hehe. Bukan sekadar pujian, tapi memang I mean it. Masa design blog dia hari tu pun, I can know that Kak Edast is a very committed person. No wonder Butik Edast sangat maju. 2love Hope butik Edast terus maju and success! So Jom tengok edast-onlineboutique sekarangserubyk

post signature

Saturday, November 14, 2009

Oyeah!

hear me say; thejijie♥ at 10:26 PM 4 kata² bernas

Haa.tengok tajuk jer mesti orang dah agak kan kenapa aku bergumbira sakan nieh.hehehe. Yezzaar, azab exam aku dah pun selesai dengan jayanya.eh, jaya ke erk. entah lah. harap macam tu lah (mari kita angkat tangan dan berdoa bersama2 semoga result aku better than last semester) Amin amin. Question

Paper aku tadi habis pukul 12 tgah hari. balik2 bilik jer, aku terus memulakan proses clearence bilik aku. aku buat clearence sorang jer sebab rumate aku si Mazni dah pun pulang ke kampung halaman dia kat penang.

See, punya semangat aku kemas bilik. sebelum kol 3 dah siap kemas semua. (kena tunggu abe ale balik kerja kol 4 baru boleh balik rumah). tak sabar kot nak balik sebab kt kolej memang semua orang pun busy buat clearence. orang bilik depan, tepi, blakang semua dah balik. tinggal aku jer tadi kot. tp alhamdulillah, lepas ni NO MORE COLLAGE.hee. kalau nak tahu, semester ni kad aktiviti aku kosong tanpa sebarang kupon pun. betapa tekad dan nekad aku nak duduk rumah sewa next sem ni.

divider

Jadi,tanpa melengahkan masa lagi,mari mulakan adegan2 panas bercuti sambil membuang masa sekarang! adegan pertama, tidooo sampai puassss..yeyserubyk

p/s; esok plan nak pergi tengok movie pisau cukur plk.smile3

post signature

Friday, November 13, 2009

2morrow last paper yey!

hear me say; thejijie♥ at 8:31 PM 10 kata² bernas

13 November 2009

Esok merupakan paper terakhir aku untuk semester ni. Rasa macam laaameeeeee sangat dah aku terseksa jiwa dan raga ekoran (ayat tak ley blah) daripada terpaksa menahan diri dari bergembira, bershopping, dan membuang masa. sangat rindukan semua itu.

Malam ni aku akan pulang ke kolej. dan ini mungkin menjadi malam terakhir aku untuk menginap di kolej. sebab semester depan aku akan duduk kt rumah sewa (insyaAllah). Sangat teringin okey duduk kar luar, sebab dari aku mula masuk asasi law (2006-2007), dibawa pulak masuk kolej kt puncak perdana, lepas tu tukar kampus kedah duduk kolej lagi, lepas kedah tukar kampus shah alam,dan duduk kolej lagi (T__T). I'm getting sick with curfew, sick with kupon aktiviti, sick with unfriendly floormates etc. hopefully, my future housemate will not bring me any problems.hee. insyaallah. aku rasa dorang okey saja. good

btw, my plan for cuti sangat banyak. plan nak buat duit dan juga buang duit.hee. buat duit bukan maksud aku nak kerja part time kt super market or whatever, tp nak buat kerja sendiri that is designing blogshopcumel. so for those who want to use my service, sila2 lah contact aku yer. sebab masa cuti ni lah masa yang sesuai untuk aku nak terima tawaran dari anda semua. And aku nak ambik kesempatan untuk mintak maaf sangat dekat client aku iaitu KAK YATTY and NESHA yang terpaksa aku berhentikan sekejap proses mendesign blog mereka disebabkan kebusyan aku attend kelas dan sekarang pulak examination week. but, insyaallah, aku akan cuba fokus and spend time more on your blogshop startin from this week(hopefully^^).

I have to get back to study! urgh.


p/s: semalam aku sempat lagi pergi tengok movie 2012! aku bagi 4/5 bintang!


post signature

Wednesday, November 11, 2009

Kelantan penonton ganas

hear me say; thejijie♥ at 8:48 PM 23 kata² bernas
11 November 2009

KESIAN. Itu yang aku boleh cakap kat Pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)yang didenda RM50,000; disebabkan penyokong2 kelantan yang berlagak samseng pada piala malaysia baru-baru ni. Aku sebagai orang kelantan (yang tak bape nak pure kelantan) memang cukup malu dengan perangai yang ditunjukkan penyokong kelantan. macam kambeng. Sikit pun tak menujukkan semangat kesukanan, sebaliknya nak tunjuk samseng dan buat huru hara dekat Stadium Bukit Jalil.

Aku ni bukan peminat bola pon sebenarnya, first time tengok pon sebab tahu kelantan masuk final, tapi lepas ni sumpah malas dah nak tengok game bola piala malaysia, tak kira lah pasukan mana yang main. Hari tu aku marah Alan sebab sokong Negeri Sembilan. Aku kata, sampai hati kan sokong negeri sembilan, join la aku sokong kelantan! tapi Alan kata, taknak sokong kelantan sebab perangai penyokong kelantan kurang hajar. tapi aku kata, okeyy tengok nanti pasukan mana yang akan menang. Gomo kelate gomo atau hobin jang hobin. Aku yang tak tahu ape2 psl bola nieh, leh pulak confident sangat kelantan akan menang. Tapi lepas tengok sendiri kekecohan yang penyokong kelantan buat, aku pun tak puas hati. Perlu ke bakar seat,baling2 mercun, batu, and botol tu semua. Memang tak matang, and aku pun memang tak setuju.

Disebabkan hal tu, semua orang pun nak kutuk2 orang kelantan. konon orang kelantan ni suka berpuak2 lah, kurang hajar lah, gedebe lah, semua yang negatif2 pun semua orang kelantan lah kan. semua pun mula nak mengungkit2 apa yang dorang tak puas hati dengan orang kelantan. Aku ada jugak cuba untuk backup orang2 negeri aku, tapi, somehow aku rasa ada betulnya juga apa yang dorang duk cakap tu. Berdasarkan permehatian aku, orang kelantan ni memang semacam skit. Semacam tak open minded a.k.a closed minded. tak boleh terima perubahan. Kutukan orang kelantan suka berpuak pun aku rasa ade betulnya. Mana2 dorang pegi mesti nak cari geng dorang jugak. And tak nak terima orang lain. kalau tak caya, cuba perhatikan betul2. tengok lah dekat sekolah ke, universiti ke, pejabat ke, kalau orang kelantan dorang berkawan dengan sapa? mesti kawan dengan sekutu2 dia jugak kan. kenapa erk? pelik. kalau semangat assabiah satu malaysia kan ada bagusnye jugak ye tak.huhu.

Aku rasa lepas ni aku tak boleh nak marah kalau orang negeri lain kata orang kelantan itu ini. sebab memang terbukti apa yang dorang cakap tu betul. Perasaan prejudice tu tak akan hilang aku rasa kalau orang kelantan sendiri terus menerus bersikap macam tu. Aku rasa sampai bila2 la orang akan label orang kelantan sebagai ganas, samseng, berpuak, dan seumpama dengannya. Sila jangan marah dengan pandangan aku ni, sebab ini pandangan peribadi sahaja.

Sekian.okey dah boleh sambung study balik. luv

source gambar dari Kelate.net

post signature

Tuesday, November 10, 2009

demam nuffnang

hear me say; thejijie♥ at 3:07 PM 20 kata² bernas
luv 10 November 2009luv

Vah vah vah! Nampaknya hasrat aku nak menaikkan earnings nuffnang aku akan menjadi kenyataan. Kredit harus diberikan kepada Sifu MelRomeo dan Sis ainalove6 yang tak kedekut ilmu bagi aku mengerti serba sedikit tentang nuffnang. Toceee siffuuuu! ^^. Cik abg melRomeo tu walaupun baru kenal tapi sangat baik dalam memberikan tunjuk ajargood. Kepada blogger2 yang mempunyai nasib yang sama macam aku,(earning nuffnang ciput) marilah kita sama2 baca entri ini yang aku rasa sangat berguna utk beginner macam aku ni. Skali lagi terima kasih+thank you+toceeee+xiexie!

tapi kan, baru sekarang aku macam tersedar akan kehadiran iklan2 di blog orang tu memang ade fungsinya. kalau sebelum ni aku buat nuffnang pun sebab tengok orang lain letak, jadi aku pun jadi pak turut nak jugak meletaknya. Tapi bila dah letak, aku biar macam tu jer.konon lepas ni confirm boleh la dapat duit kan. Rupanyaa..tak semudah tu! Takdanya nak dpt duit senang2 je mcm tu. "Kau ingat ni syurga?"(kata aku dalam hati) no2no2 Jadi setelah mendapat tunjuk ajar dari sifu2 tu, aku pun baru tersedar. dan tiba2 dah jadi demam nuffnang skrg ni. mata duitan$$duit


p/s: sekarang aku dah ada mission di waktu cuti .wait and see dlm masa seminggu lagi pulangan nuffnang ku angau

post signature

Monday, November 09, 2009

oh nuffnang ku

hear me say; thejijie♥ at 5:04 PM 19 kata² bernas

love39 November 2009love3

Sejak dua menjak ni, aku tengok ramai betul org bercerita pasal nuffnang. aku pun ada nuffnang la! (nak jugak tu:P) tapi masalahnya kenapa earning nuffnang aku tak gerak2 pun. duk takat tuuu jer. hish. tak boleh jadi ni. aku pun nak kayo gak.hihih.

Nak tahu byk mana earning yg aku berjaya kumpul stakat nie?


yesh. itulah hakikat sebenarnya.mari gelak ramai2! HAHA. jadi sapa2 yang tahu macam mana nak naikan earning aku ni sila la tunjuk ajar. peace

happy

p/s: tak sabar nak tunggu movie 2012 keluar!!

post signature

Friday, November 06, 2009

bernyawa kembali~

hear me say; thejijie♥ at 3:04 PM 9 kata² bernas
bunga1 6 November 2009bunga1



Alhamdulillah. Laptopku kembali bernyawa dengan semangat dan azam yg baru. Walaupun ingatan2 lama telah luput dan dilupuskan 100%, tapi tak megapa. Kita mulakan semula hidup baru. Bak kata orang, Ibarat bayi baru lahir, dan akan ditatang bagai minyak yg penuh. hati

divider

Haa..itu kira ayat2 semangat lah tu. walaupun pada hakikatnya aku amat depressed sekali dengan kehilangan file2 serta document2 penting kat dlm laptop aku hari tu, terutamanya gambar2 lama..huwaaaaserubyk. tapi tak pelah, aku redha je dengan semua tu. asalkan duit aku tak melayang semata2 nak format laptop aku kt kedai, dan makan masa yg lama. bukan kedekut ngan duit aku,(tapi mmg pun, sayang duit woa.lg2 dlm time poket kempis ni). cuma aku takot kalau2 orang format tu simpan lama sangat laptop aku ni.kang rindu plk. nnti sapa yg susah? akuuu jugak. huh. Nasib baik laptop hp ni dia sediakan cara2 format utk user. senang jer nak buat. cumanya smlm laptop aku panas sgt. dia shut down2 sndri banyak kali! sampai aku naik fedup dah. buat2, tengok dia terpadam. setiap kali terpadam tu...aku rasa geeeerrraaammmmm gadokejutgilerr!!. tapi aku tabahkan hati jugak, and buat sampai 6,7 kali jgk la. ish. aku cuma risau kot2 ape yg alan cakapkan ; maybe cip dlm motherboard rosak. uish. tp nasib baik bukan sebab tu. skrg terbukti yg cip dlm motherboard laptop aku tak rosak, malah sehat walafaiat alhamdulillah.good


post signature

laptop sakit:((

hear me say; thejijie♥ at 12:19 AM 5 kata² bernas

5 November 2009

Malangnya nasibb! Laptop aku rosak plk. tak boleh start. eeeee..geraammm!! :(((

seharian cuba utk format sndri. tapi tak tahu pesal laptop tu shut down sndiri time nak format. dah dkt 7kali kot aku reinstall semua! geraamnyaa..huwaaaaaaaaa.. nampaknya kena hantar kedai jugak la ni. haish. dugaan.dugaan.


post signature

Wednesday, November 04, 2009

selamat berangkat

hear me say; thejijie♥ at 10:50 PM 5 kata² bernas

cedeyyy..mama n ku dah nak berangkat masuk. time ni macam sedeyh gilaaaa.... wuwuw.
berair

divider2

Hari ni pengalaman pertama aku hantar parents aku sendiri untuk menunaikan haji. sebelum ni selalu hantar saudara terdekat jer. dan seriusly, aku sangat sebak+sedih. mama n ku akan tinggalkan kitaorg kat rumah untuk masa yg aku kira agak lama. sebulan ++. huuu.. ni pun dah start rindu, apetah lagi dalam masa sebulan ni. tapi, aku kena bertabah. dan doakan segala yang terbaik bagi semua. semoga parents aku selamat di sana. insyaAllah.

p/s: nasib baik ada tokku and wan kt cni.tak lah sunyi sangat:)rainbow2

garangnyer muka ku...cenyummm skittt..hihihihh..

urghh...kenapa muka mesti mcm nak tido time bergambar. deemm!

post signature

Tuesday, November 03, 2009

aku doakan yang baik2 saja utk mereka.

hear me say; thejijie♥ at 10:34 PM 5 kata² bernas
4 November 2009love6

divider4

Aku dirumah dengan bahagianya!

Yeay..super duper happyyy! *senyum sampai ke telinga...*smile3 rasa releaseeee tensen okey. walaupun masih ade baki 2 paper lagi untuk diharungi..tapi takper.itu cerita di kemudian hari., yang penting sekarang ni aku nak rehatt and rilekskan minda yg penuh dan tepu ni. suka

Btw, esok iaitu bersamaan dengan 4hb, parents aku akan berangkat ke Tanah Suci, Makkah. sedih sikit sebab nak berpisah dengan mama. wwuwuwuw... lama tu, 44 hari! ape la keadaan aku n adik beradik yang lain dikala ketiadaan ibubapa ku. adakah makin meliar? hee..harap tidak.

Ape2 pun, aku doakan semoga kedua ibubapa aku selamat pergi dan selamat pulang. semoga semuanya okey dan baik2 belaka hendaknya. AMIN.

p/s: bosan la kan entri aku skrg...tak ada gambar. sekarang malas gila nak snap gambar. tak macam dlu. kenapa ntah.

dah lama aku nak edit gambar aku gune website ni. tapi hampa. sepatah haram aku tak faham ape dia tuliss.. 1oo% bahasa jepun! deemmmm!


post signature

divider4

Sunday, November 01, 2009

Otak cramp

hear me say; thejijie♥ at 11:52 PM 4 kata² bernas


What's on my mind now?
HOW I WISH I CAN FINISH MY EXAM PAPER A.S.A.P.

CANT WAIT TO ENJOY MY HOLIDAY

Fuh. P.E.N.A.T!!sumpah penat weh. Hari ni aku seharian aku duduk mengadap buku TQM ajer ! dah kata nak pulun untuk subjek ni kan.huk3. jadi terpaksalah. ni pun aku take 5 kejap. otak cramp. kasi otak rehat kejap buat kerja bloghopping aku untuk hari ni. rainbow2

post signature

 

The Meaning of Life is.... Copyright © 2009 Designed by Thejijie09 designed for 2009