
Aaaaaauuuuuuummmmmmm!! Tahniah Malaysia diatas kejayaan memenangi piala AFF Suzuki ntah kejadahnye tuh. Bangga sangat tengok aksi pemain2 kita yang memang melatop dan manttooppppp!!! Ape-ape pun setinggi-tinggi pujian harus diberikan kepada pemain terbaik sepanjang perlawanan tu berlangsung iaitu Safee Sali dan Khairul Fahmi. Dua- dua ni memang terbaik lah! satu kombinasi pasukan yang cukup mantop dari segala segi. skill yang ditunjukkan pun memang baguss.. chewaahh aku ni macam pandai2 je pasal skill bola. hihi.
(Haruslah safee sali lagi hensem hahaha.)
Aku ni memang jenis yang tak boleh tengok sukan. kalau ada sukan yang melibatkan Malaysia dengan negara lain memang aku terlebih emosional. Memang berpeluh la aku sepanjang tengok perlawanan tu. Tak kira la bola ke badminton ke bowling ke. kalau tengok automatik aku akan jadi macam 'over-acting' dan melebih2. sampai budak kecik tengok aku pun boleh menangis sebab ketakotan tengok tahap over aku tuh, huuuu. can't help it lah. thats why aku malas nak tengok sukan-sukan ni. Tapi bila tak tengok orang kata aku ni tak ada semangat kesukanan. hish. whatever jer.
Apa-apa pun aku sangat berbesar hati sebab sejak 2,3 hari ni, jumlah penambahan followers aku makin rancak. terima kasih kawan-kawan blogger yang sudi mengfollow belog busuk ini yer. walaupun tak selalu berupdate tapi belog ini insyallah tak akan berkubur! hihi. aku akan tetap jugak jenguk belog anda sekalian skali skala jika ada kelapangan. :)
p/s: Payah la ni kalau aku dah start minat kt orang.oh Safee Sali.... hik3
..........................................................................................
Updated (30/12/2010)
Terima kasih diucapkan kepada Izni Cute sebab letakkan belog aku ditangga pertama belog paling kachak pilihan dia. ehhehee.. tak disangka2 yer.. walaupun agak kelewatam daku mengetahui akan hal ni, (sebab jarang blog hopping) tapi takpe la kan lambat pun lambat la daripada tak tahu langsung hihi.
*klik untuk lebih jelesjelas!
mucho gracias izni tayunk..siap promote blog KC tu hihi!



Izni Ali









0 comments:
Post a Comment