Friday, December 03, 2010

OMG-Aku alami Sindrom TTNUA

Posted by Jijie Kusya♥ at 12:07 PM
Aku sekarang ni ada masalah, iaitu masalah berkenaan Sindrom TTNUA. Apakah itu sindrom TTNUA? Sebenarnya TTNUA stands for Tak-Tahu-Nak-Update-Apa atau dalam bahasa saintifiknya Kemalasantosis. Antara tanda-tanda atau gejala yang menunjukkan anda mengalami masalah ni ialah pertamanya bila nak update blog, anda akan hilang idea atau blur. Selain itu, anda akan mengambil masa yang lama untuk tulis ayat pertama untuk satu-satu entri dan yang paling teruk, anda hanya mampu mempublish 1 entri dalam masa seminggu!

Masalah ni aku kira agak berat jugak lah terutama bagi orang-orang macam aku yang bercita-cita nak jadi top blogger seperti Budu&belacan dan juga macam Ailyl Rozanna serta blog-blog lain yang bukan saja ada ratusan, malah ribuan followers yang setia! Dengan adanya sindrom yang aku alami ni, mustahil untuk aku capai target menjadi salah sorang blogger terkenal di Malaysia. (hihi ada hati juga tu).Bukan apa, kalau aku jadi salah sorang top blogger di Malaysia ni, ia secara tidak langsung akan membantu kerja-kerja mempromote business Kusya Collection aku tuh. Haa, reasonable tak alasan tuh? ehe.

Apa-apa pun, hari ni aku rasa nak update blog. dan macam biasa sindrom yang disebut diatas menyerang. Habis otak aku black-out dan shut down dengan sendrinya. Automatik segala idea-idea yang bernas dalam otak aku hilang. T_____T.

Cuma ada satu yang masih melekat dalam otak aku sekarang ni. Nak tahu apa?


Aku dah boleh cashout nuffnang!

Yeay Yeay! (gelek ala-ala Sinchan). Lama okeh aku tunggu nak cash out mende ni. 2 tahun! aku ulang, 2tahun. Lama tak lama tu. hihi. Akhirnya berjaya juga cecah RM50. Punya la orang tak jenguk blog aku ni sampai 2 tahun baru berjaya sampai takat ni. ish-ish-ish. Nampaknya aku kena atasi sindrom TTNUA aku tuh! yer! mesti!


Tiba-tiba kuar muka aku. tak ada kena mengena langsung dengan entri. T___T

post signature

1 comments:

Amirrah Zawani on December 6, 2010 11:01 PM said...

rajin2 lah update..
so leh dapat cash out lagi byk :)

Post a Comment

 

J i j i e . K u s y a Copyright © 2010 Designed by Jijie Kusya Jijie Kusya design for Jijie.Kusya