Sekarang jam menunjukkan pukul 1:22pm dan YA sekarang merupakan waktu aku seharusnya menyiapkan kerja-kerja di office, tetapi aku telah memilih untuk menhupdate belog. T____T Mood berblogging aku ni memang agak kurang hajar, waktu-waktu macam ni lah dia nak menyinggah.
Walaupun sudah beberapa abad aku tak menaip apa-apa di belog aku ni, tapi masih lagi ada yang sudi untuk mengfollow belog aku. Even tak banyak, tapi still ada kan, so still terharu lah! Terima kasih kepada yang telah follow, insyallah kalau ada masa saya singgah belog kamu pula ya? Boleh lah kita beramas beramah mesra disana pula. <3
Apa-apa pun, termasuk hari ni 11 Mac 2011, sudah 43hari aku bekerja di Shell. Alhamdulillah, aku masih bertahan disini,walaupun setakat ni sudah 2 orang pekerja baru (yang masuk sekali dengan aku hari tu) quit kerja. Sebab musabab yang menjuruskan mereka untuk berhenti kerja tidak lah saya ketahui. Tapi, too bad lah kan bagi mereka tu sebab baru je sebulan kerja dah quit. Dah lah bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Memang lah kerja dekat sini agak 'hectic' dengan macam-macam kerja, tapi thats how working life works.
Tapi, satu yang aku tabik spring dekat orang-orang di office ni. Mereka memang super duper rajin! Tapi tak tahu la rajin terpaksa ke,ataupun memang semula jadi rajin. ada tu yang balik kerja pukul 5 pagi! What the tutt lah! uiiii dasyat! Aku yang balik kerja kol 630 ni pun dah terbongkang kepenatan, apetah lagi kalau balik pukul 5pagi. memang tak tercapai dek akal. Dah lah hari sabtu, ahad pun datang. T____T Aku terfikir, bila masa diorang ni bersosial? berehat ke..? beramah mesra dengan family ke? Ada ke masa?huuummm
Tak payah pergi jauh2..orang yang duduk sebelah meja aku ni pun lain macham skit dia punya fokus bila bekerja. Sampaikan bila sapa-sapa panggil pun dia tak dengar. kena panggil dekat 10kali baru nak menyahut, lepas tu buat muka blur. Gila punya fokus minah ni. Uiii daysattt!
Aiseehhh..Hajat di hati memang nak tulih panjang lebar. tapi bos aku dah balik dari lunch pulak. Tak boleh lah aku nak mencuri tulang lama-lama. Sungguh tak best nak update belog dalam keadaan sembunyi2 ni. hihi. So sebelum dia nampak, baik aku stop dulu. Esok-esok tak tahu lah bila mood blogging aku nak datang lagi. Ntah-ntah bulan depan. huuu T___T



Ayeem Ayam






0 comments:
Post a Comment