1) Braces
Dalam masa dua bulan selepas aku post entri berkenaan braces, sekarang aku dah pun selamat pakai braces..dah nak masuk bulan 3 dah pun..agak cepat masa berlalu..tak sedar pun! tapi gigi masih belum nak bergerak sangat pun.. tapi rasanya ada la perubahan sikit ... kalau nak ambik gambar gigi hari2 untuk tengok perubahan gigi macam orang dekat youtube buat tu, memang tak laaa kan...
Geng braces
2) New Pet-Sugar Glider
Ever heard of it before? Bagi siapa yang belum tahu apa itu sugar glider,mari aku perkenalkan.
yang ni namanya shuga (male)
Kiri-sherry (female),kanan-shuga
Tadaaaaaa!! Comelkan?? ni sugar glider aku, nama dia shuga & sherry. Antara banyak2 haiwan,haiwan nilah yang aku paliinnggggg suka... memang jatuh cinta pandang pertama. Mula2 tengok secara live dekat rumah encik boipren sbb abang dia bela. Mula2 macam curious bila dengar haiwan ni bunyi2(crabbing)..memang bunyi yang aku tak pernah dengar sebelum ni.. Sekali dia tunjuk..mak aii comeelnyaaaaaaa!! rupanya inilah binatang yang masuk majalah 3 hari tu. Sememangnya haiwan eksotik ni sesuai untuk jadi pet,sebab dia sangat2 manja & cute.Tapi bagi sesiapa yang nak bela haiwan ni, kena buat research secara mendalam sebab haiwan ni haiwan sensetif.Tak boleh ganas2 dengan dia, tak boleh tak spend time dengan dia, tak boleh bagi makan sebarang, tak boleh letak dalam sangkar kecik, tak boleh tak ada kawan, tak boleh itu, tak boleh ini...apa pun tak boleh lah! hihi. Tapiii... kalau dah tahu cara2 nak bela dia, memang lah senang je, macam bela kucing juga. Kalau kena dengan orang yang main serkap jarang je, beli tapi takda knowledge, memang haiwan ni tak akan hidup lama. Confirm esok2 mati kejung. Ever since ada sugar glider ni, sekarang aku aktif satu group di facebook ni,..especially for owner yang ada bela sugar glider-Sugar Glider-Malaysia.Memang best tengok sugar glider orang lain and sama-sama kongsi pendapat.
Kalau nak cerita pasal sugar glider ni memang tak cukup satu entri...nanti aku akan tulis lagi entri pasal anak2 aku ni dari semasa ke semasa.
3) Tempat kerja bau.....
Dah lama tak update pasal kerjaya dekat belog hehe... dulu last entri aku berkenaan dengan kerja aku di Shell,masa tu dekat Damansara lagi..tapi sekarang dah pindah Cyberjaya.. Setelah 11 bulan mengabdikan diri di Shell now its time for me to move on.. keluar dari cengkaman boss yang bagi aku sangat2lah evil. hahaha.yer aku kata dia evil sbbnye...dia memang bersifat seperti spesis evilll. Malas nak cakap panjang pasal dia..yang aku nak ceritakan sekarang ialah pasal tempat kerja baru aku, iaitu,
Yes,ServiceSource.,Mont Kiara. Dengar je mont kiara rasa macam jauh gila dari rumah aku, tapi sebenaarnya tak ye kawan-kawan, infact,lagi dekat kalau banding dengan rumah aku ke Cyberjaya. Company ni baru lagi di Malaysia sekitar July 2010 dan aku confirm company ni akan bertambah maju dalam masa 2,3 tahun akan datang sebab skrang pun dah keep expanding dengan lebih ramai new hires.
So termasuk hari ni,6 hari dah aku pindah kerja bru.So far,okey..and hope okey lah sampai bila2!:)



Asna Cute










0 comments:
Post a Comment